Pelbagai penyakit yang boleh terjadi lebih-lebih lagi berkaitan cuaca panas yang berlaku ketika ini.

Malah, jumlah kes kumulatif penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes setakat ini berbanding 109 kes pada 16 Julai lepas.
Advertisement
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada Selasa, pihaknya memaklumkan lebih 26 kes adalah strok haba, 78 kes kelesuan haba dan lapan kes kejang haba.
Tiada kes kematian baharu dilaporkan pada minggu ini dengan jumlah kematian akibat strok haba kekal lima kes.
“Tiada kes yang dirawat di hospital pada masa ini. Semua kes lain telah mendapat rawatan dan sembuh,” jelas NADMA.
Mengenai ramalan cuaca, dua siklon tropika pada kategori taufan dan ribut tropika sedang aktif di timur laut Filipina dan Laut China Selatan menyebabkan cuaca di rantau negara menjadi lebih kering dan kurang hujan dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Sumber: Sinar Harian