Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Berang Rambut Anak Dipotong, Bapa Selamba Maki Guru

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menengking seorang guru kerana tidak berpuas hati rambut anaknya dipotong dalam kejadian di sebuah sekolah agama swasta di Shah Alam.

berang rambut anak dipotong, bapa selamba maki guru

Video berdurasi 1 minit 20 saat itu jelas menunjukkan bapa meninggikan suara dan memarahi guru yang meotong rambut anaknya itu akibat panjang.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)

Advertisement

Lelaki berkenaan bertemu dengan guru yang bertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan tentang kewajaran pihak sekolah memotong rambut anaknya.

“Yang kau usik ni bukan anak binatang, rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu tak,

“Rasulullah punya rambut macam mana?,” katanya.

Tambahnya, dia masih tidak berpuas hati dan mempertikaikan tindakan guru berkenaan mengenakan hukuman kerana anaknya belajar di sekolah swasta yang dibayar.

Namun, pelbagai reaksi daripada warganet mengenai kejadian tersebut dan ramai berpendapat sepatutnya ia diselesaikan secara baik dan matang.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik