Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bawa Senjata Tajam Dalam Padang, Pemain Bola Sepak Diburu Polis

Kecoh di media sosial apabila seorang pemain bola sepak didakwa membawa senjata tajam ketika perlawanan di KLFA Football Centre, Desa Melati, Kuala Lumpur, semalam.

bawa senjata tajam dalam padang, pemain bola sepak diburu polis

Pemain bola sepak tersebut sedang dikesan pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada pengadu lelaki tempatan berusia 23 tahun pada pukul 2.21 pagi tadi.

Tambahnya, kejadian tersebut berlaku disebabkan perselisihan faham antara pasukan pengadu dan pasukan lawan.

“Pengadu mendapati pemain daripada pihak lawan telah membawa masuk senjata tajam ke dalam padang dan mengacukan kepada salah seorang pemain daripada pasukannya.

“Usaha mengesan suspek yang terlibat sedang dilakukan bagi siasatan lanjut.

“Sementara itu, tiada kecederaan dilaporkan berlaku ketika pergaduhan malam tadi,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik