Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bapa Tergamak Jadikan Anak Kandung Tempat Lepaskan Nafsu

Seorang lelaki menjadikan dua orang anak perempuannya sebagai hamba seks terbongkar selepas salah seorang mangsa memaklumkan perkara itu kepada gurunya, pertengahan Ogos lalu.

bapa tergamak jadikan anak kandung tempat lepaskan nafsu

Suspek berusia 39 tahun itu diberkas polis dan diperintahkan untuk direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Advertisement

Menurut Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md. Nazri Nawawi, pihaknya memaklumkan suspek disyaki telah merogol anak perempuannya berusia 13 tahun enam bulan sejak Julai lalu, manakala anak sulungnya yang kini berusia 17 tahun 11 bulan dijadikan hamba seks ketika dia berusia 12 tahun lagi.

“Perbuatan keji suspek terbongkar selepas mangsa yang merupakan anak bongsu bertanyakan kepada rakan sekelasnya adakah dia mengalami perkara sama (dirogol) sebelum rakannya itu memaklumkan perkara tersebut kepada seorang guru.

“Mangsa kemudian dipanggil oleh gurunya dan selepas beberapa kali ditanya dia akhirnya memberitahu telah dirogol bapa kandungnya sejak Julai lalu selepas suspek meminta mengurut kakinya,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik