Baru-baru ini, seramai 90 pelajar dan sembilan tenaga pengajar mengalami keracunan makanan setelah makan ayam goreng di kantin sekolah itu pada 27 Jun lalu.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang menunggu laporan kimia daripada sampel ayam goreng yang menjadi punca keracunan makanan di sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Khamis lalu.
Advertisement
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, keputusan laporan itu dijangka diperolehi dalam masa dua atau tiga hari lagi.
“Pihak Jabatan Kesihatan Batu Pahat telah mengambil langkah susulan dengan memeriksa premis tersebut dan mengambil sampel makanan,” katanya.
Tian Soon berkata, daripada 99 individu yang terkesan keracunan makanan itu, hanya 11 org sahaja menerima rawatan pesakit luar di klinik kesihatan atau klinik swasta kerana sakit perut.
Sumber: Kosmo Online