Seorang isteri meluahkan rasa kecewa dengan suaminya yang secara terang-terangan ‘mengutuk’ masakan ibunya yang didakwa tidak sedap.

Luahan tersebut mendapat perhatian ramai selepas dia memuat naik di media sosial dan hantaran itu turut mendapat simpati dengan warganet terhadap situasi yang dihadapi wanita tersebut.
Advertisement
“Hari itu saya tanya manja-manja saja, sedap tak saya masak? Dia reply ‘Bolehlah dimakan. Masakan you (awak) bland (tawar) macam masakan mak u (awak). Kalau mak saya masak, boleh rasa setiap flavour itu.
“Macam itu dia kutuk masakan mak saya, padahal setiap kali kami balik kampung, mak paling semangat masak untuk dia. Rupanya ini komen dia,” kata wanita tersebut.
Kejadian kedua pula berlaku apabila ibu bapa wanita itu pulang daripada mengerjakan umrah dan menghadiahkan sehelai sejadah serta jubah kepada anak menantu mereka.
Namun, suami wanita tersebut sekali lagi memberikan komen yang kurang menyenangkan secara terang-terangan.
Sumber: Kosmo Online