Seorang atlet Sukan Olimpik kelihatan tidak selesa dan terus muntah teruk di kaca televisyen selepas dia terpaksa menyelam di dalam Sungai Seine, Paris.

Menurut peserta triatlon Kanada, Tyler Mislawchuk, insiden berlaku sebaik dia melintasi garisan penamat selepas berenang hampir 1.6 kilometer di Sungai Seine yang merentasi kota Paris itu.
Advertisement
Sepanjang tempoh lebih 100 tahun, berenang di dalam Sungai Seine adalah dilarang kerana orang ramai berisiko dijangkiti penyakit sekiranya tertelan air sungai yang tercemar dan mengandungi kandungan tinggi bakteria berbahaya, E.coli.
Namun, Perancis berani mengambil keputusan untuk atlet-atlet yang mengambil bahagian dalam acara renang maraton dan triatlon dibenarkan berenang di dalam sungai itu.
“Saya tidak menyesal walaupun saya muntah sebanyak 10 kali,” kata Mislawchuk.
Sumber: Kosmo Online