Atlet Israel yang menyertai Sukan Olimpik Paris mengakui telah menerima ugutan bunuh sejak beberapa hari lalu.

Malah, mereka juga mungkin mempunyai alasan jika gagal menampilkan prestasi terbaik ketika temasya sukan tersebut berlangsung.
Advertisement
Tambahnya, atlet Israel turut menerima mesej berunsur kebencian dan cercaan yang ditulis dalam bahasa Hebrew serta panggilan telefon daripada nombor asing.
Pada Jumaat lalu, 15 atlet dan pasukan mereka menerima ancaman bunuh menerusi emel yang memberikan amaran mereka akan dibunuh jika tiba di Perancis.
Lebih menakutkan apabila mereka mendedahkan emel itu juga mengancam untuk mengulangi insiden Munich 1972 dan memberitahu atlet Israel "Bersedia untuk hadapi intifada!"
Mengikut rekod dan sejarah lalu, 11 atlet Israel maut dibunuh kumpulan pejuang tidak dikenali pada Olimpik Munich 1972.
Pasukan Olimpik Israel tiba di Paris dengan kawalan keselamatan paling ketat. Menurut media British The Telegraph, Israel akan menghantar Shin Bet (Agensi Keselamatan Israel) ke Paris untuk memastikan atlet mereka bertanding dengan selamat di Olimpik.
Sumber: Harian Metro / Walla