Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Angkara Nafsu, Miza Ozawa Dituduh Aktiviti Persundalan

Seorang peniaga ubat kuat dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi hari ini atas pertuduhan mencari langganan dalam aktiviti persundalan menerusi aplikasi Telegram.

angkara nafsu, miza ozawa dituduh aktiviti persundalan

Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Amiza Baharuddin atau lebih dikenali sebagai ‘Miza Ozawa’ yang hamil enam bulan selepas tertuduh kekal mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang didakwa ke atasnya.

Advertisement

Malah, mahkamah telah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tangkap pada 6 Jun lalu yang mana hukuman itu berjalan serentak bersama hukuman penjara sebulan sebelum ini.

Tertuduh didakwa telah mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah unit kondominium di Bukit Mahkota pukul 4 petang pada 6 Jun lalu.

Terdahulu, Hakim Shahrul menasihat kepadanya sebelum hukuman dijatuhkan agar tertuduh jangan mengikut perasaan dan nafsu serta jadikan kes ini sebagai pengajaran.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik