Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Angkara Marah Lelaki Rohingya Bertindak Tikam Teman Wanita Indonesia

Seorang lelaki etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini atas pertuduhan menikam teman wanitanya dalam kejadian di Bahau, Jempol bulan lalu.

angkara marah lelaki rohingya bertindak tikam teman wanita indonesia

Tertuduh, Fozi Alam Mohammad Alam, 43, yang tidak diwakili peguam mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti, namun tiada pengakuan direkodkan.

Advertisement

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas seorang wanita berusia 40 tahun menggunakan sebilah pisau dengan menikam yang boleh menyebabkan kematian.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 3.30 pagi di sebuah rumah di Taman ACBE di Bahau, Jempol pada 26 September lalu.

Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Rosli Muhamad kemudiannya memohon satu tarikh lain kepada majistret untuk pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, selain tiada wang jaminan ditawarkan disebabkan tertuduh merupakan warga asing.

Majistret kemudian menetapkan 12 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak membenarkan sebarang jaminan kerana tertuduh bukan warganegara.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik