Seorang suami bertindak mengejar dan melanggar kereta yang membawa isteri dan anaknya selepas mangsa didakwa mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Ia menakutkan penduduk sekitar apabila kejadian yang berlaku di Sukabumi dekat Balai Polis Cibeureum, wilayah Jawa Barat.
Advertisement
Menurut pegawai polis Cibeureum, AKP Suwaji, pihaknya memaklumkan motif suspek dipercayai berpunca daripada rasa cemburu terhadap isterinya.
“Pelaku dilaporkan mengejar kereta berkenaan sebelum melanggarnya di Jalan Garuda Cibeureum,” katanya.
Pelbagai kerosakan pada bahagian kereta dan sebuah gerai makan akibat pelanggaran tersebut.
“Suspek ditahan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” ujarnya.
Sumber: Kosmo Online