Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) telah mencapai persetujuan dengan ahli perniagaan kelahiran Malaysia yang kini dalam buruan, Jho Low untuk memulangkan lebih AS$100 juta (RM471 juta).

Menurut Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), pihaknya melaporkan wang tersebut didakwa diselewengkan daripada dana kekayaan milik Malaysia sebagai sebahagian daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Advertisement
Malah, karya seni oleh artis Andy Warhol dan Claude Monet serta sebuah apartmen mewah di Paris akan dicairkan.
Manakala, aset bernilai AS$67 juta (RM315.7 juta) akan dikembalikan kepada Malaysia.
Tambahnya, pendakwa raya AS mendakwa bahawa aset itu dibeli dengan menggunakan wang tunai yang diperoleh untuk dana 1MDB antara 2012 hingga 2013.
Kini, Jho Low yang menjadi orang buruan masih tidak diketahui keberadaannya.
Sumber: Kosmo Online