Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tahukah Anda? Ada Lima Bahagian Badan Yang Tidak Boleh Disentuh

Tahukah anda? Pelbagai keburukan sentuhan pada sebahagian anggota badan yang boleh menyebabkan kesan emosi terutama pada kanak-kanak.

tahukah anda? ada lima bahagian badan yang tidak boleh disentuh

Menurut Public Health Malaysia (PHM), dari sudut sains, tubuh badan seperti mulut, dada, kemaluan, celah paha dan pinggul adalah kawasan yang mempunyai banyak reseptor sensitif menjadikannya lebih peka terhadap rangsangan.

Advertisement

“Dari perspektif neurologi, sentuhan pada kawasan-kawasan yang kaya dengan reseptor saraf ini boleh mempengaruhi emosi, mencetuskan rasa emosi yang kuat kepada kanak kanak.

“Walaupun kanak-kanak belum matang secara seksual, sistem saraf mereka masih berfungsi dan mampu bertindak balas terhadap rangsangan di kawasan-kawasan sensitif,” ujarnya.

Tambahnya, jika sentuhan pada kawasan sensitif itu diperlakukan secara kerap, ia boleh menyebabkan kekeliruan kepada kanak-kanak.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik