Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Acara Larian Songsang? Pakai Baju Mencolok Mata, Dua Lagi Lelaki Ditahan

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila acara Larian Pan Asia 2024 diperlihatkan beberapa individu yang berpakaian tidak senonoh ketika menyertai aktiviti itu.

acara larian songsang? pakai baju mencolok mata, dua lagi lelaki ditahan

Malah, tindakan mereka itu menyentuh sensitiviti agama di tempat awam di Bandar Penawar.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar, dia memaklumkan dua lagi tangkapan terbaharu melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun yang ditahan pada pukul 6 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Katanya, seorang lagi lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan di sebuah penginapan di Desaru, Kota Tinggi pada pukul 8 malam.

Dua lelaki warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik