Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Abang, Adik Mahu Ziarah Kubur Ayah Maut Dalam Perjalanan

Seorang pemuda dan adik perempuannya berusia lima tahun maut selepas motosikal yang mereka tunggang merempuh kontena sampah pukal roro di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) dekat Stadium Hang Jebat, lewat petang semalam.

abang, adik mahu ziarah kubur ayah maut dalam perjalanan

Mangsa, Muhammad Amirul Hazlin dan Nur Afiqah Sofea Hazlin disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di zon merah Hospital Melaka ketika kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit, pihaknya memaklumkan ketika kejadian mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh menghala ke Sungai Udang.

“Semasa sampai di lokasi kemalangan, penunggang dipercayai tidak perasan sebuah kontena roro berada di bahu jalan lalu melanggar kontena sampah pukal berkenaan.

“Akibat kemalangan itu mangsa dan seorang kanak-kanak iaitu adiknya yang dibawa bersama mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik