Skip to main content

Advertisement

Hiburan

9.1 Juta Dos Vaksin Covid-19 Tamat Tempoh Dilupuskan, Rugi RM185 Juta

Sebanyak 9.1 juta dos stok vaksin Covid-19 pelbagai jenama telah luput di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) dan gudang simpanan vaksin Covid-19 setakat 11 Jun lalu.

9.1 juta dos vaksin covid-19 tamat tempoh dilupuskan, rugi rm185 juta

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, pihaknya memaklumkan vaksin Covid-19 pelbagai jenama tersebut terpaksa dilupuskan membabitkan kerugian sebanyak RM185 juta.

Advertisement

“Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan secara rasmi pada 24 Februari 2021, kerajaan Malaysia telah menerima sebanyak 84.5 juta dos vaksin Covid-19 pelbagai jenama daripada sumber perolehan kerajaan dan juga sumbangan luar.

“Proses pelupusan dan pelaporan vaksin dalam simpanan KKM dilaksanakan mengikut Tatacara Pengurusan Aset dan Tatacara Pengurusan Stor yang berkuat kuasa. Pemantauan status pelupusan juga dilaksanakan secara berkala,” katanya.

Beliau tidak mempunyai sebarang maksud negatif terhadap Menteri Kesihatan terdahulu apabila menyentuh mengenai jumlah kerugian tersebut.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik