Skip to main content

Advertisement

Hiburan

27 Tengkorak Hilang, Pencuri Sanggup Gali Kubur

Suspek yang mencuri 27 tengkorak dari dua kawasan perkuburan di wilayah Chon Buri sedang diburu Polis Thailand akibat tindakan mereka.

27 tengkorak hilang, pencuri sanggup gali kubur

Seorang anggota penyelamat setempat, Prawate Swatsri memaklumkan dia mendapat tahu mengenai kegiatan itu selepas diminta menyiasat mengenai sebuah kenderaan misteri diparkir di tengah kawasan perkuburan di Jalan Panat Nikhom-Nong Samed.

Advertisement

Namun, Prawate ketika menyiasat perkara itu tidak menemui sebarang kenderaan yang dilaporkan.

Dia sebaliknya melihat sebuah kubur dalam keadaan seperti baru lepas digali. Binaan batu di kubur itu turut dihancurkan.

Prawate dengan segera memaklumkan kepada penjaga kubur, menyebabkan siasatan menyeluruh terhadap setiap kubur dijalankan. 

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik