Seorang pemilik premis perniagaan di Jalan Sri Purnama, Pandan, Johor Bahru yang menyeleweng minyak masak peket terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menyerbu premis berkenaan, malam semalam.

Menurut Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo, pihaknya memaklumkan serbuan yang dijalankan pada pukul 10 malam itu berjaya menemukan 2,150 minyak masak peket yang telah dipotong dan 600 yang masih belum dipotong.
Advertisement
Lebih mengecewakan apabila tindakan mereka menyimpan minyak masak subsidi yang telah dipotong dalam tiga buah tangki IBC.
“KPDN Johor melakukan serbuan berkenaan setelah menerima maklumat daripada Pasukan Polis Marin berkaitan aktiviti penyelewengan minyak masak peket di lokasi berkenaan,” katanya.
Sumber: Kosmo Online