Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Usah Munafik! Yuna Akui Kena ‘Pulau’ Sebab Tolak Kerjasama Jenama Pro-Israel

Penyanyi tersohor, Yuna yang menempa nama di Los Angeles, Amerika Syarikat tidak takut untuk menolak kerjasama dengan jenama pro-Israel.

usah munafik! yuna akui kena ‘pulau’ sebab tolak kerjasama jenama pro-israel

Malah, dia mengakui prinsipnya itu pernah dipertikaikan beberapa pihak dan jenama syarikat lain.

Advertisement

Tambahnya, dia pernah disindir dan pernah kena ‘pulau’ sesetengah individu yang enggan berbual dengannya.

Namun, lebih ramai yang memuji tindakan diambil dirinya demi membela Palestin.

Yuna juga tidak pernah putus bersuara dan bersolidariti untuk saudara di Palestin malah dia juga sempat terlibat menyertai perhimpunan aman Jalan-Jalan Palestin di ibu negara, baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi itu sendiri dalam Instagram pada Sabtu lalu yang menunjukkannya berada di tengah-tengah lautan manusia.

Sama-sama kita berdoa buat saudara kita yang sedang berjuang di bumi Palestin. Semoga kemenangan menjadi milik mereka dan dapat membangun negara kebanggan mereka.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik