Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Woi, Diamlah’ – Usah Sengketa, Salina Saibi Minta Fazura Berdiam Diri

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura telah sah bercerai talak satu.

‘woi, diamlah’ – usah sengketa, salina saibi minta fazura berdiam diri

Pelakon Salina Saibi menjadi perhatian warganet apabila mendapati dia menitipkan komen di ruangan hantaran Instagram.

Advertisement

Dalam komen tersebut, Salina, 42, meminta supaya pelakon terbabit berhenti membuat perkongsian dan berdiam diri.

“Woi dah la tu (itu). Diamlah,” katanya dalam satu perkongsian dalam Instagram.

Komen tersebut lantas mendapat sokongan daripada peminat yang rata-rata bersetuju dan meminta Fazura berhenti mengeluarkan kenyataan yang memburukkan Fattah.

“Setuju. Diam saja ungkit semua memang tidak guna.

“Apa yang diminta Allah telah kabulkan. Jadi tidak perlu mengungkit nanti hati sendiri yang sakit Fazura.

“Betullah, sudah bercerai jadi tidak perlu lagi ungkit, tidak perlu diperbesarkan. Sebaiknya selesaikan sendiri antara kalian berdua,” antara komen netizen.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik