Bekas peserta Gegar Vaganza 9 dan penyanyi Tom kini semakin mendalami keindahan Islam serta menimba pelbagai ilmu agama sejak mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Fuad Rahman

Berusia 38 tahun, Tom mengakui dirinya memang jahil mengenai agama sebelum ini dan Fuad banyak buka matanya dalam menjadi muslimah terbaik.
Advertisement
“Sebelum ini saya tak banyak titik beratkan agama dan tak berapa endah sangat. Saya memang jahil. Bila berkahwin dengan Fuad, saya banyak belajar apa yang saya tak tahu.
“Pasal isu mahram pun dulu saya tak ambil berat sangat. Contohnya bersalaman dengan lelaki. Itu antara yang Fuad ajarlah. Belajar solat, doa. Saya pun solat juga dulu tapi banyak yang saya tersasar.
“Sekarang, saya tidaklah solat lima waktu setiap masa. Kadang-kadang saya tertinggal juga. Tapi bila sembahyang itu rasa macam tenang, ada imam dan anak-anak doakan saya,” ujarnya.
Penyanyi lagu Redha itu paling gembira apabila anak-anaknya juga kini mendapat didikan agama yang lebih daripada Fuad.
Bahkan, mendoakan anak perempuannya Anggun yang berusia lima bulan akan menjadi ustazah suatu hari nanti.
Sumber: Kosmo Online