Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tiada Kata-Kata! Yasin Sulaiman Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dijatuhi hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di Petaling Jaya hari ini.

tiada kata-kata! yasin sulaiman dipenjara seumur hidup, 16 sebatan

Advertisement

Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu selepas Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 49, didapati bersalah atas tiga pertuduhan dihadapinya.

Keputusan itu dibuat mahkamah selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan selaku perayu ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Faiz Dziyauddin pada 29 November tahun lalu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Pada prosiding itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan memiliki kanabis selain 10 bulan penjara kerana mengambil dadah.

Bagi kesalahan menanam 17 pokok ganja pula adalah penjara seumur hidup dan enam sebatan. Bagaimanapun kesemua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkapan pada 24 Mac lalu.

Susulan itu, penyanyi itu dilihat sugul dengan suasana dipenuhi tangisan ahli keluarga termasuk anak perempuan Yasin berusia 16 tahun.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik