Kemelut rumah tangga antara penyanyi Aliff Aziz dan isteri Bella Astillah telah berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Berusia 33 tahun, Aliff melafazkan cerai talak satu pada pukul 1.11 petang di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Bella mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Advertisement
Hakim Syarie Wan Mohd. Najib kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, menjalani tempoh idah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.
Malah, Bella meluahkan perasaannya setelah selesai prosiding di mahkamah dan reda dengan keputusan yang diterima.
“Saya selalu percaya bahawa peluang mampu mengubah seseorang tetapi hanya jika digunakan dengan baik. Dan kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukan lah satu kesilapan akan tetapi pilihan.
“Terima kasih bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka,” katanya.