Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Takut Diserbu Peminat, Mawi Dedah Pernah Dikawal 40 ‘Bodyguard’ Pergi Pasar

Juara program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, penyanyi Mawi mendedahkan dia terkejut dengan populariti yang diraih ketika itu.

takut diserbu peminat, mawi dedah pernah dikawal 40 ‘bodyguard’ pergi pasar

Malah, dia terpaksa menggunakan khidmat 40 pengawal peribadi untuk menjaga keselamatannya.

@sinar_my Replying to @Deen Zulkefli Wow! Sampai 40 orang bodyguard jaga Mawi nak pergi pasar raya jumpa kawan eh lepas keluar dari AF 😱 Saksikan video penuh di Youtube SINAR! #SINARKongsi #BorakSelebriti #fyp #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound - SINAR

Advertisement

Berusia 42 tahun, Mawi mengulas pengurusnya ketika itu mengupah ramai petugas selepas dia menyampaikan hasrat mahu melawat rakan lama di sebuah pasar raya sebaik memenangi AF3.

“Ada sekali saya mahu pergi pasar raya di Subang Jaya sebab pernah bekerja di sana sebelum ini bagi jumpa kawan-kawan lama.

“Saya cakap dengan bekas pengurus tapi dia minta suruh tunggu dulu di parkir apabila sampai. Rupa-rupanya, dia susun 40 orang pengawal peribadi, saya ingat seorang dua sahaja.

“Semua badan tegap-tegap berkaca mata hitam. Saya jadi terkejut,” katanya.

Malah, dia juga menyedari pentingnya mempunyai pengawal peribadi yang ramai selepas melihat situasi pasar raya terbabit dibanjiri ramai peminat.

Tonton video penuh Borak Selebriti bersama tetamu jemputan Mawi di YouTube SINAR

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik