Pempengaruh media sosial popular Indonesia, Atta Halilintar menghadiahkan setimbun wang tunai kepada isteri iaitu Aurel Hermansyah sempena meraikan ulang tahun kelahiran ke-26, semalam.

Ia sebagai simbolik cinta dan kasih sayang tiada tandingan terhadap isterinya itu.
Advertisement
Menariknya, wang tersebut susun dan dibentuk menjadi beberapa replika seperti beg tangan, jambangan bunga dan sebuah menara lapan tingkat.
Malah, Atta memberikan hadiah wang tunai untuk memudahkan isterinya itu mendapatkan barangan dikehendakinya.
Dia juga berharap agar pemberian tersebut dapat menghiburkan hati si isteri dan menghindarkan diri daripada berasa tertekan dengan komen negatif netizen.
“Saya memberinya duit sahaja kerana bimbang jika dibelikan barangan lain, lain pula yang diminta.
“Diharapkan agar hadiah ini secara tidak langsung membahagiakan dia dan tidak terlalu memikirkan pandangan negatif di media sosial.
“Selain dapat membeli hadiah, wang tersebut turut boleh diagihkan kepada golongan memerlukan,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online