Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Datuk Sheila Majid Nafi Sakit Radang Sendi, Berkerusi Roda - “Itu Tidak Benar”

Penyanyi Datuk Sheila Majid menafikan dakwaan yang dia menghidap penyakit arthritis atau radang sendi sehingga berkerusi roda.

datuk sheila majid nafi sakit radang sendi, berkerusi roda - “itu tidak benar”

Malah, dia juga menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab tersebut yang menyebarkan iklan palsu itu.

Advertisement

Berusia 59 tahun, dia menyifatkan paparan berita palsu yang menggunakan nama media tertentu itu juga sebagai merepek.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

“Memang mengarut, berita ini tidak benar. Lima tahun lalu, saya sibuk dengan kerja dan melancong sebelum fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Kalau benar saya menderita penyakit ini, tentu media tempatan sudah menyiarkan berita ini lima tahun lalu. Kenapa baru sekarang,” katanya di kapsyen Instagram.

Tambahnya, dia juga mempersoalkan tindakan pelaku tersebut yang sanggup melakukan tindakan itu dan menggunakan namanya demi mengaut keuntungan secara mudah.

“Kenapa perlu menipu semata-mata mahu melariskan produk? Adakah anda tidak mempunyai keyakinan hingga terpaksa mengaitkan nama saya demi menjual produk?

“Produk anda palsu, sama dengan artikel ditulis,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik