Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Shaheizy Sam Sekeluarga Diserang Sakit, Tak Tahu Punca Sebenar

Keluarga pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah diserang sakit dengan mengalami muntah dan cirit-birit selama hampir seminggu.

shaheizy sam sekeluarga diserang sakit, tak tahu punca sebenar

Malah, dia juga bimbang apabila isterinya, Syatilla berkongsi foto dengan mata merah seakan-akan berdarah di laman Instagram semalam.

Advertisement

“Awalnya anak-anak perempuan Sarima dan Salama yang sakit muntah-muntah dan cirit-birit.

“Syatilla pula sebelum demam, mata sudah tidak selesa, gatal dan berair serta rasa kabur. Selepas mata dia mula nak okey, sehari selepas anak-anak demam, Syatilla pula demam.

Malah, mereka juga tidak tahu puncanya sakit tersebut yang dialami satu keluarga kecuali anaknya Syeriv.

“Bila sudah mula muntah-muntah, mata Syatilla yang sebelum itu mula okey menjadi merah seperti pembuluh mata pecah,” jelas Sam.

Mereka sekeluarga pantas ke hospital berdekatan rumahnya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik