Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Shah Rukh Khan Ada Kelas Tersendiri, Tak Nak Jadi ‘Pak Turut’

Pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan (SRK) tampil membuat penjelasan mengenai dirinya yang tidak melebarkan langkah di Hollywood.

shah rukh khan ada kelas tersendiri, tak nak jadi ‘pak turut’

Dia memaklumkan telah menerima banyak ajuan soalan berkenaan isu itu dan dia mempunyai alasan tersendiri serta hanya selesa beraksi di tanah air sendiri.

Advertisement

Malah, dia juga mengakui sukar untuk menebak situasi mahupun peluang, memandang Hollywood menjadi tumpuan ramai lagi selebriti lain.

“Bukan ego, tapi saya kena mempertimbangkan beberapa perkara terutama watak. Takkan saya kena galas peranan kecil, sedangkan di India kedudukan saya sudah selesa.

“Itu antara punca saya berat hati ‘terbang’ ke sana selain bahasa Inggeris saya kurang mantap. Jadi, biarlah saya teruskan kerjaya di sini, sekali gus membantu menaikkan nama Bollywood di mata dunia,” katanya.

Dalam kalangan penggiat industri lakonan India, dua aktres iaitu Priyanka Chopra dan Deepika Padukone kini antara bintang yang berjaya bolos di Amerika Syarikat sama ada sebagai pelakon mahupun penerbitan filem.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik