Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sebar Berita Kematiannya, Sathiya Syukur Kesihatan Semakin Stabil

Pelawak veteran, Sathiya yang diserang angin ahmar ringan sangat bersyukur dia sudah pulang ke rumah Sabtu lalu selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

sebar berita kematiannya, sathiya syukur kesihatan semakin stabil

Malah, dia berkongsi kesihatannya beransur pulih, namun belum mempunyai kekuatan untuk memandu.

Advertisement

“Saya okey dan sihat, belum mati lagi. Cuma mengalami serangan angin ahmar ringan saja.

“Kaki dan tangan kanan saya mengalami serangan angin ahmar ringan, tapi semuanya berada dalam keadaan baik. Saya masih bergerak seperti biasa, cuma agak terbatas.

“Sejak dibenarkan pulang ke rumah, saya belum boleh memandu lagi sebab belum kaki kanan belum kuat sepenuhnya.

“Jangan risau. Saya baik-baik saja dan sudah boleh meneruskan aktiviti kerja seperti biasa,” katanya.

Tambahnya, dia tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak walaupun diuji dengan kesakitan ketika ini.

Sumber: Harian Metro / Utusan Malaysia
 

SINAR Muzik Retro Terbaik