Pelawak veteran, Sathiya telah mengalami serangan angin ahmar ringan sebanyak dua kali dan dia dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurut anak sulung Sathiya, Vickynesawwry Nayar, dia mengesahkan perkara itu berkata bapanya mengadu kebas kaki dan tangan kanan pagi semalam dan mengalami kesukaran untuk mengimbangi badan ketika menikmati sarapan di rumah.
Advertisement
Susulan itu, dia kemudiannya membawa Sathiya ke klinik kesihatan berhampiran di Sri Rampai, Setapak untuk pemeriksaan dan didapati mengalami tekanan darah rendah.
“Sebelum ini, bapa pernah diserang angin ahmar, jadi bila mengadu kaki dan tangan kebas, kami sekeluarga panik dan segera membawanya ke klinik kesihatan berhampiran.
“Bila diperiksa, bapa mengalami tekanan darah rendah kesan daripada angin ahmar dan diminta segera dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Sebaik dibawa ke HKL, bapa dimasukkan ke Zon Merah. Tapi, kini keadaan bapa semakin stabil dan dijangka boleh pulang, petang ini,” katanya.
Tambanya, bapanya diberikan antibiotik dan perlu melakukan senaman bagi penyembuhan angin ahmar dialami.
Sumber: Harian Metro