Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sarah Suhairi Selamat Bernikah, Duda Anak 3 Jadi Pilihan

Penyanyi Sarah Suhairi meluahkan rasa syukur selepas selamat bergelar isteri bersama pasangan pilihannya.

Malah, dia kini memikul tanggungjawab sebagai ibu ‘segera’ kepada tiga anak tirinya kerana suaminya yang berstatus duda.

Advertisement

sarah suhairi selamat bernikah, duda anak 3 jadi pilihan

Tambahnya, status suaminya, Aswad Mohd. Anuar, 38, bukan halangan untuk mereka meneruskan persahabatan seterusnya membawa hubungan ke jenjang pelamin.

“Ketika perkenalan awal, Aswad sudah setahun bergelar bapa tunggal bahkan sebenarnya kami juga tak pernah meletakkan sebarang status sepanjang empat tahun berkawan.

“Tetapi saya sendiri dah berjumpa dengan tiga puterinya yang menerima kehadiran saya dalam hidup mereka.

“Kawan-kawan rapat saya pun sudah bertemu dengan anak-anak Aswad, mereka dah kenal baik.

“Saya tak kisah menjadi ibu ‘segera’. Sebelum ini mereka panggil saya ‘auntie Sarah’, mungkin selepas ini panggil saya ibu,” katanya.

Sarah juga memaklumkan mereka berkenalan di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara berikutan masing-masing meminati sukan berkuda ketika itu.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik