Baru-baru ini, warganet mendakwa rumah tangga pempengaruh Alif Teega bersama isteri pertamanya, Aisyah Hijanah goyah.

Namun, Alif menafikan spekulasi bakal berpisah dengan isteri pertamanya itu.
Advertisement
Perkara tersebut dilihat berdasarkan reaksinya yang terkejut dengan pertanyaan netizen mengenai tindakan Aisyah memfailkan perceraian.
“Saya tidak tahulah, dapat dari mana cerita itu? Saya pun tak ada cakap dan Aisyah sendiri tidak buat hantaran apa-apa.
“Sekarang ini saya hanya fokus Hijanah (perniagaan) sahaja,” katanya menerusi komen ketika siaran langsung di media sosial.
Rata-rata netizen pelik melihat kemesraan mereka yang dipamerkan dalam sebuah video Instagram.
Apa-apa pun, usah menyebarkan berita yang tidak sahih! Sama-sama kita doakan yang baik-bauk sahaja buat pasangan ini.
Sumber: Kosmo Online