Penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies yang terlibat kes tangkap khalwat sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur atas dakwaan tersebut.

Namun, warganet melihat Ruhainies seolah tersenyum apabila menghadiri mahkamah pagi tadi.
Advertisement
Dia mengakui tidak aktif di media sosial miliknya dan memaklumkan sudah lama tidak berjumpa rakan-rakan media yang menghadiri mahkamah tersebut.
“Saya terharu tengok ramai rakan-rakan media datang awal pagi ini tunggu di mahkamah.
“Saya tersenyum sebab itulah bukan sebab lain, saya ni tak pandai nak berlakon, nak menangis semua,” katanya.
Mereka berdua mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.
Malah, kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Bukit Bintang pukul 12.35 pagi pada 9 Mac lalu.
Menurut peguam syarie yang mewakili Aliff dan Ruhainies, Abdul Hadi Mohamad Salleh, prosiding akan dibicarakan pada 17 Oktober hadapan.
Sumber: Media Hiburan / Harian Metro