Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Puteri Sarah Mengakui Dirinya Kini Sudah ‘Move On’

Pelakon, Puteri Sarah Liyana mengakui dirinya kini sudah ‘move on’ dengan hubungan rumah tangga yang lalu.

puteri sarah mengakui dirinya kini sudah ‘move on’

Malah, dia juga menegaskan tidak lagi mahu terlibat dalam sebarang isu yang melibatkan bekas suaminya, Syamsul Yusof, yang bercerai dengan Ira Kazar pada Khamis lalu.

Advertisement

Tambahnya, dia menyatakan apa yang terjadi dalam kehidupan bekas suaminya adalah takdir yang telah ditentukan, dan menolak dakwaan bahawa beliau telah 'menang' susulan perpisahan itu.

“Saya anggap ini adalah takdir dan itu bukanlah satu kemenangan sebab saya sudah tidak ada kena mengena lagi dalam cerita ini. Dah lama dah saya tak ada dalam cerita ini.

“Jadi, saya tak nak beri komen lebih-lebih sangat,” katanya kepada portal media baru-baru ini.

Sarah menekankan dia hanya mahu meneruskan kehidupannya dengan tenang, dan bukan dikaitkan dengan Syamsul lagi.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik