Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Poster Konsert Noraniza Idris Seakan Tahun Baharu Cina?

Baru-baru ini, poster Konsert Qalam Noraniza Idris yang dijadualkan berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka pada 27 hingga 29 September ini telah menjadi perhatian warganet.

Malah, poster konsert tersebut disamakan poster Tahun Baru Cina kerana elemen-elemen yang ada dalam poster itu.

Advertisement

poster konsert noraniza idris seakan tahun baharu cina?

Menurut Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris, dia tampil bagi menjawab spekulasi berkenaan bagi tidak menimbulkan salah sangka.

“Kenapa poster macam Tahun Baharu Cina? Sebab Melaka, dik. Melaka,” katanya.

Menurut Noraniza yang mesra dengan panggilan Kak Ani, itu adalah salah satu pakaian tradisi di Melaka.

“(Budaya) Melaka kan, pakai sanggul lintang. Tak tahukah? Melaka ada budayanya. Jadi, kita masuk ke Melaka, kita masuk dengan budayanya.

“Bukan Chinese New Year (Tahun Baharu Cina). Faham tak?” jelasnya.

Tambahnya, budaya di negeri Melaka juga mempunyai pengaruh besar dari China dan budaya mereka.

“Itu, kita pegang keris, bukan macam ini (genggam tangan ala orang Cina). Tengok betul-betul akak punya poster.

“Memang nampak Cina sebab Melaka kan ada pengaruh China yang besar. Dondang Sayang, Baba Nyonya, betul tak pengaruh dari China itu besar?

“Kalau tengok elemen-elemen bangunannya semua kan. Kena faham dan kaji dia punya sejarah,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik