Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelakon Hollywood Mesej Fad Anuar, Minta Kongsi Ilmu Seni Silat

Pelakon, Fad Anuar menerima mesej langsung (DM) daripada bintang Hollywood, Dennis Greene Mcdonald yang mahu mempelajari seni mempertahankan diri.

pelakon hollywood mesej fad anuar, minta kongsi ilmu seni silat

Berusia 35 tahun, Dennis mengakui dia tertarik dengan aksi pertarungan yang dilakonkan sebelum ini sehingga berminat mahu mengaplikasikan seni silat dalam projek terbaharunya.

Advertisement

“Saya dapat DM daripada Dennis sekitar dua atau tiga minggu yang lalu. Mula-mula dia ‘follow’ Instagram saya dan mesej minta saya melatihnya untuk sebuah projek.

“Saya terkejut sebab saya tak ‘follow’ dia sebelum saya tanyakan macam mana dia boleh jumpa Instagram saya.

pelakon hollywood mesej fad anuar, minta kongsi ilmu seni silat

“Dia cakap sebenarnya mencari seseorang yang mahir dengan seni mempertahankan diri. Waktu itu saya baru selesai dengan filem Geran dan mungkin Instagram saya letakkan tanda pagar silat, jadi dari situ dia terjumpa video saya,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik