Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nora Danish Kini Solo, Mohon Netizen Beri Ruang Bernafas

Pelakon, Nora Danish yang telah kembali solo setelah bercerai dengan Nedim Nazri meminta ruang bernafas untuk bertenang terutamanya bekas suaminya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

nora danish kini solo, mohon netizen beri ruang bernafas

Menurut perkongsian di IG Story miliknya, Nora mengakui banyak dakwaan tidak benar mengenai dirinya bertebaran dalam media sosial.

Advertisement

“Sejak akhir-akhir ini pelbagai berita yang tidak sahih tentang saya menjadi tatapan umum.

Harap dapat memberi ruang untuk saya dan keluarga bernafas,” katanya.

Malah, dia berharap orang ramai untuk menghentikan sebar sebarang spekulasi tidak benar dan tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya.

“Pada yang segelintir, diharap janganlah sebarkan berita yang tidak betul sampai menjadi fitnah okey,” ujarnya.

Tambahnya, dia juga berterima kasih atas doa orang ramai buat dirinya dan mengambil berat dengan nasib dirinya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik