Penyanyi Datuk Nora menyedari ramai yang memberikan pandangan buruk terhadap bekas suaminya dan dia terus menjelaskan lafaz talak menerusi video yang dibuat Dr. Rushdi Ramli adalah atas arahan pihak tertentu, bukan kemahuan sendiri.

Berusia 51 tahun, dia juga berharap orang ramai tidak menyalahkan lelaki tersebut atas tindakan menceraikannya.
Advertisement
“Ustaz (suami) tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya.
“Dia melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti,” katanya di Instagram Story miliknya.
Namun, Datuk Nora memilih untuk tidak menyatakan secara terperinci identiti individu yang memberikan arahan tersebut.
Hanya mampu reda, dia juga berterima kasih atas sokongan dan doa daripada orang ramai terhadap dirinya.
“Saya tergamam, tak terkata. Cukuplah Allah bersamaku,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online