Pereka fesyen tempatan, Rizman Ruzaini mengharumkan nama negara apabila busana rekaan mereka digayakan penyanyi pop antarabangsa, Lady Gaga pada persembahan Lady Gaga & Jazz Piano di Park MGM, Las Vegas, Amerika Syarikat.

Menurut perkongsian di laman Instagram milik mereka, Rizman Ruzaini berkongsi video tersebut dan mahu menginspirasikan lebih ramai orang.
Advertisement
“Lady Gaga menggayakan baju ‘custom’ Rizman Ruzaini menyanyikan lagu Americano pada persembahan Las Vegas Residency,” coret mereka.
Warganet memuji busana yang dikenakan Lady Gaga menggunakan material berona merah chiffon dan bertatahkan kristal Swarovski.
“Kalau Lady Gaga pakai inner, pakai tudung terus nampak macam muslimah. Dres yang cantik, tak seksi.
“Cantik dia menutup aurat. Selalunya hanya berseluar dalam ketika melakukan persembahan,” komen seorang warganet.
Sumber: Kosmo Online