Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Persoal Remy Dapat Datuk, Sebab Lakonkan Watak Hang Tuah?

Baru-baru ini, warganet mempersoalkan Datuk Remy Ishak dianugerahkan gelaran Datuk hanya selepas membawakan watak Hang Tuah di sebuah pementasan teater di Melaka tahun lalu.

netizen persoal remy dapat datuk, sebab lakonkan watak hang tuah?

Pihak pengurusan pelakon itu akhirnya tampil memberikan penjelasan terhadap isu tersebut.

Advertisement

Menurut pengurusnya, Azlin Abas, laporan tersebut tidak tepat sedangkan Remy atau nama sebenarnya, Zalimei Ishak, 42, sudah bekerja keras sejak 20 tahun lalu sebagai seorang anak seni.

“Saya rasa hanya kebetulan sahaja Remy pernah menjayakan watak Hang Tuah dalam sebuah pementasan teater di Melaka Julai tahun lalu.

“Itu bukan satu-satunya sebab mengapa dia diberikan penganugerahan. Remy anak jati Melaka dan penganugerahan ini daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam dan Kerajaan Negeri Melaka.

“Ada yang kata Remy tak layak dan apa sumbangan dia dan sebagainya. Kalau tanya kami, memang tiada jawapan dan mungkin boleh tanya pihak yang memberikan penganugerahan tersebut,” katanya.

Terdahulu, suami kepada usahawan Datin Ezza Yusof itu menjayakan watak Hang Tuah pada pementasan teater Hikayat Hang Tuah ‘Ampun Tuanku, Titah Dijunjung’ sempena Majlis Perasmian Melaka Heritage Festival 2024 di Encore Melaka.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik