Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Terlalu ‘Sweet’ Dengan Keith Foo, Riena Diana Risau Penyakit Ain

Pelakon Riena Diana yang sedang hangat bercinta dengan pelakon Keith Foo banyak berkongsi video dan foto bersama-sama di media sosial.

terlalu ‘sweet’ dengan keith foo, riena diana risau penyakit ain

Namun, apakan daya ramai yang kurang senang dengan dirinya terhadap hubungan percintaan mereka.

Advertisement

Kini, Riena Diana mengambil pendekatan untuk mengurangkan perkongsian momen romantis bersama kekasihnya yang juga aktor Keith Foo dalam media sosial.

Berusia 27 tahun, dia mula menyedari perkara tersebut selepas kerap dihujani dengan komen negatif daripada segelintir netizen yang kurang senang melihat hubungannya dengan keith.

“Risau, memang ada yang restu tetapi ramai juga mengecam hubungan kami dalam ruangan komen.

“Takut juga baca komen-komen netizen, ialah risau semua yang kita rencanakan tidak menjadi.

“Sebab itu saya pilih untuk kurang berkongsi momen manis bersama Keith termasuk video dalam media sosial lagi Ketika ini,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik