Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Dakwa Khai Bahar Sering Ke Parti Liar, Kelab Malam?

Baru-baru ini, sesetengah warganet mendakwa penyanyi Khai Bahar sering ke parti liar dan berhibur di pusat hiburan sejak berkawan rapat dengan seorang usahawan selebriti.

netizen dakwa khai bahar sering ke parti liar, kelab malam?

Berusia 30 tahun, dia berani tampil menjelaskan dia pernah hadir ke pusat hiburan namun bukannya untuk menyertai parti liar seperti yang didakwa.

Advertisement

“Sejak emak jatuh sakit iaitu awal tahun 2022, saya sudah kurang jumpa kawan-kawan atau lepak dengan mereka.

“Kalau lepak dengan kawan-kawan pun, kami pergi karaoke.

“Mungkin orang salah anggap dan menyangka saya berparti disebabkan suasana pusat karaoke itu sendiri yang agak suram apabila lampu ditutup,” katanya.

Tambahnya, dia tidak mahu melayan segala fitnah dan tohmahan yang mengganggu fikirannya.

“Saya tidak pernah menganggap diri saya baik dan berkawan sahaja dengan semua orang tanpa ambil peduli hal peribadi mereka.

“Ikut suka nak cakap ala pun, asalkan orang yang buat fitnah itu puas hati. Kalau sudah penat, mereka pasti akan berhenti. Kalau hendak lawan balik pun tiada faedah,” jelasnya lagi.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik