Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nedim Reda Berpisah Dengan Nora - ‘Tiada Yang Berubah Cuma Dia Bukan Milikku Dalam Islam’

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Sujak Nazri reda dengan ketentuan Ilahi.

nedim reda berpisah dengan nora - ‘tiada yang berubah cuma dia bukan milikku dalam islam’

Malah, dia juga berkongsi tiada apa yang berubah cuma Nora kini bukan lagi isterinya jika merujuk lunas agama.

Advertisement

Mereka berdua telah berbincang, mempunyai kata sepakat dan membuat keputusan untuk bercerai secara baik.

“Tiada apa yang berubah cuma dia (Nora) bukan milikku dalam Islam.

“Percayalah. Kalau dia milikku, dia akan kembali milikku,” tulis Nedim menerusi Instagram.

Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada jam 8.34 malam tadi menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik