Penyanyi dan pelakon Nabila Razali kini sedang hamil anak pertama dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.

Berusia 32 tahun, dia meluahkan rasa syukur dan teruja bakal bergelar ibu dan bapa bersama suami, Nik Iruwan Nik Izani, 39.
Advertisement
“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua. Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan sebagai satu bab yang penuh keindahan dan pengisian makna.
“Saya percaya bahawa fasa baharu ini juga menjadi sebuah cerita indah buat saya dan suami. Doakan semoga perjalanan kehamilan saya ini dipermudahkan sehingga bersalin nanti.
“Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami, dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya,” katanya.
Difahamkan usia kandungan Nabila kini sudah memasuki enam bulan.
Sumber: Kosmo Online