Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Miliki Heroin? Juara Gegar Vaganza, Cliff Umar Mengaku Bersalah

Juara program realiti, Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Cliff Umar membuat pengakuan apabila dia dituduh atas pertuduhan memiliki heroin, Ahad lalu.

miliki heroin? juara gegar vaganza, cliff umar mengaku bersalah

Berusia 42 tahun, dia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Advertisement

Malah, penyanyi itu didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya dekat sini pada pukul 3.30 petang, 26 Mei lalu.

Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran, beliau memohon tarikh baharu bagi sebutan laporan kimia dan mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000.

Peguam Sallehuddin Salam mewakili Cliff Umar dalam rayuannya memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnnya menanggung isteri dan empat anaknya yang masih bersekolah.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik