Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Macklemore Bakal Buat Peminat ‘Terpukau’ Di Konsert After Race Fest

Penyanyi rap Macklemore dari Amerika Syarikat (AS) bakal memukau para peminat Malaysia di konsert After Race Fest yang berlangsung di Helipad, Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), pada 3 November nanti.

macklemore bakal buat peminat ‘terpukau’ di konsert after race fest

Menurut Pengarah Urusan HIFIVE Entertainment selaku penganjur, Sean Pereira, pihaknya memaklumkan konsert itu sebagai hiburan istimewa buat pengunjung yang hadir menonton perlumbaan MotoGPTM.

Advertisement

“Tak lengkap rasanya jika MotoGPTM ditutup tanpa ada sambutan untuk meraikannya dalam kalangan pengunjung. Justeru, kami akan membawakan After Race Fest yang bukan sekadar berbentuk hiburan.

“Ia bertujuan meraikan pengunjung dari seluruh dunia dengan pelbagai aktiviti termasuk persembahan dron dan bunga api sebagai simbolik istimewa kejayaan acara terbabit,” katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif, dia juga turut teruja dengan penganjuran konsert itu sempena ulang tahun ke-25 pembukaan lokasi ikonik itu.

“Kami sangat teruja sudah 25 tahun sejak membuka pintu pada 1999. Kami rakamkan setinggi penghargaan kepada HIFIVE Entertainment kerana berganding bahu dengan kami jadikan sambutan ini lebih meriah.

“Kami mengalu-alukan semua untuk turut serta saksikan perlumbaan MotoGPTM dan menikmati konsert sebelum pulang rumah. Kami tawarkan harga eksklusif untuk pembelian awal bermula hari ini hingga 31 Ogos nanti,” katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Malah, pelbagai artis berbakat akan beraksi di pentas sama seperti Smash Mouth, Feel Koplo, De Fam, Nidji dan 6ixth Sense untuk pengumuman fasa pertama.

SINAR sebagai rakan radio rasmi untuk After Race Fest 2024 kali ini.

Dapatkan tiket anda sekarang di laman sesawang rasmi Petronas Sepang International Circuit

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik