Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Know Know Married” - Siti Jamumall Selamat Bernikah Di Satun

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Siti Jamumall tekah selamat bernikah dengan lelaki lain di Satun, Thailand selepas membatalkan pernikahan yang sepatutnya berlangsung 31 Mei lalu.

“know know married” - siti jamumall selamat bernikah di satun

Berusia 25 tahun, usahawan tersebut berkongsi video pendek bersama pasangannya dikenali sebagai Aiman Tak Kesah.

Advertisement

Namun, dia belum bersedia untuk berkongsi lanjut mengenai perkara itu setakat ini.

“Terima kasih atas doa semua. Insya-Allah, saya akan berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat. Doakan perjalanan saya ini dipermudahkan,” katanya.

Terdahulu, Siti sepatutnya bernikah pada 31 Mei lalu dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya, namun majlis itu dibatalkan pada saat akhir atas faktor peribadi.

Malah, segala persiapan sudah dibuat termasuk jemputan kepada semua tetamu.

Siti juga mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan mengulas mengenai pembatalan majlis itu.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik