Pelakon veteran, Kamal Bakar menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka pada pukul 1 pagi tadi.

Arwah telah disahkan menghidap kanser paru-paru dua bulan lalu.
Advertisement
Anak sulungnya yang juga seorang pelakon, Muhammad Hanis Kamaruldzaman berkongsi berita duka tersebut.
Jenazah bapanya akan diuruskan di Hospital Melaka dahulu sebelum dibawa ke Masjid Bukit Baru, Melaka.
“Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah arwah untuk dibawa pulang ke rumah.
“Selepas itu, dari rumah kami akan bawa ke Masjid Bukit Baru untuk menyempurnakan urusan mandi jenazah.
“Sejurus selesai solat jenazah, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online