Pelakon, Mia Nasir berkongsi detik mencemaskan apabila dia diserang seekor anjing baka Rottweiler ketika menjalani penggambaran sebuah drama, baru-baru ini.

Berusia 33 tahun, Mia memaklumkan kejadian berlaku sangat pantas apabila haiwan yang juga sebahagian daripada babak dijayakan telah bertindak di luar jangka.
Advertisement
“Badan saya tak sakit, cuma impak di bahagian paha sahaja. Tiada luka dan berdarah. Apa yang berlaku ini saya tak salahkan siapa. Tiada siapa yang sangka benda seperti itu akan terjadi.
“Nasib saya memang baik walaupun ruang dekat situ macam tiada, masih selamat. Anjing itu pun digunakan untuk tujuan lakonan,” katanya.
Video berdurasi 13 saat itu jelas memaparkan Mia bersama seorang lagi pelakon, Mimi Lana melakukan adegan memasuki sebuah rumah.
Namun, anjing Rottweiler yang digunakan untuk tujuan lakonan meluru dan cuba menggigit bahagian bawah seluarnya ketika mereka berjalan ke kediaman berkenaan.
Mereka bersyukur kerana tiada apa-apa kecederaan serius yang berlaku ketika penggambaran, namun Mia berharap agar pihak produksi terutamanya pengendali anjing itu agar lebih peka dengan situasi.
Sumber: Kosmo Online