Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kahwin Tapi Tak Nak Anak? Achey Sifatkan ‘Childfree’ Fikiran Bodoh

Baru-baru ini, tular sifat tidak mempunyai anak atas prinsip ‘childfree’ yang menjadi trend pada waktu ini sebagai pegangan ideologi kurang bijak.

kahwin tapi tak nak anak? achey sifatkan ‘childfree’ fikiran bodoh

Pelawak, Achey mengakui hati terguris dan terkilan dengan trend berkenaan yang melibatkan pasangan muda tersebut.

Advertisement

Berusia 37 tahun, Achey juga terkesan dengan gaya hidup sedemikian memandangkan dia dan isteri tidak putus berjuang agar dikurniakan zuriat.

“Itu adalah ideologi yang bodoh. Banyak lagi perkara lain yang boleh kau benci atau tak suka. Tetapi kenapa perlu melibatkan cahaya mata. Secara tidak langsung kau telah mengguriskan hati pejuang-pejuang macam saya.

“Kes saya pula jika mengikut sains dan perubatan, isteri saya memang sudah tidak boleh hamil sebab dah potong kedua-dua tiub kiri dan kanan. Kecuali diizinkan Allah.

“Satu hari saya harap pasangan itu akan terbabas. Bukan terbabas kereta, tetapi terbabas dikurniakan cahaya mata. Dik, saya percaya suatu hari kalian pasti akan faham apa itu nikmat sebenar yang dipanggil seorang ibu bapa,” jelasnya.

Malah, dia juga mempersoalkan nilai kemanusiaan dalam diri pasangan tersebut selain meminta mereka untuk merenung dan muhasabah diri.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik